September 4th, 2009 by portaladmin.chl@smjk.edu.my

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN HWA LIAN
28400 MENTAKAB,
PAHANG DARUL MAKMUR.
TEL : 09-2701146
FAX : 09-2701148
Laman Web: http/phhwalian.smjk.edu.my       Ruj. Tuan :
Ruj. Kami : CEB7071. 01/03/013 ( 1)
Tarikh : 1 SEPTEMBER 2009

TAWARAN SEBUT HARGA KANTIN SEKOLAH MENENGAH JENIS KEBANGSAAN HWA LIAN, 28400 MENTAKAB BAGI TEMPOH 1 JANUARI 2010 HINGGA 31 DISEMBER 2011

1. Tawaran adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berminat dan berdaftar dengan Kementerian Kewangan untuk mengendalikan kantin sekolah ini bagi tempoh dua tahun, mulai 01.01.2010 hingga 31.12.2011.

2. Borang permohonan serta dokumen-dokumen lain yang berkaitan boleh didapati di pejabat sekolah mulai 14.09.2009 hingga 30.09.2009 pada waktu pejabat.

3. Sebut harga hendaklah dihantar di dalam sampul surat berlakri dan bertanda ‘SEBUT HARGA KANTIN SEKOLAH’ di bahagian atas sudut kiri. Borang serta dokumen-dokumen lain yang berkaitan, hendaklah sampai ke pejabat sekolah pada atau sebelum 01.10.2009 sebelum jam 12.00 tengah hari.

4. Setiap sebut harga hendaklah disertakan dengan wang pertaruhan sebanyak RM200.00 (Ringgit Malaysia: Dua Ratus Sahaja) dalam bentuk wang kiriman pos/deraf bank/cek bank atas nama, Pengetua Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Hwa Lian. Permohonan tanpa wang pertaruhan tidak akan dilayan dan tidak layak dipertimbangkan. Wang pertaruhan akan dikembaikan semula kepada pemohon-pemohon yang tidak berjaya sebaik sahaja diketahui pemohon yang berjaya mendapat tawaran tersebut.

5. Jumlah anggaran pelajar, guru dan kakitangan untuk tahun 2010 adalah seperti berikut:-

Jumlah pelajar Melayu = 180
Jumlah pelajar Cina = 1340
Jumlah pelajar India = 350
Jumlah besar = 1870

Jumlah Guru = 110
Jumlah Kakitangan = 21

6. Sekolah ini mempunyai dua sesi persekolahan, oleh itu masa jualan ialah dari jam 6.30 pagi hingga 6.30 petang.

7. Pengusaha yang berjaya dikehendaki mematuhi arahan-arahan Kementerian Pelajaran dan SMJK Hwa Lian.

8. Keputusan Jawatankuasa Sebut Harga adalah muktamad dan sebarang bantahan tidak akan dilayan.

SIEW YOON YAW
Pengetua
SMJK Hwa Lian
28400 Mentakab

One Response to “TAWARAN SEBUT HARGA KANTIN SEKOLAH MENENGAH JENIS KEBANGSAAN HWA LIAN, 28400 MENTAKAB BAGI TEMPOH 1 JANUARI 2010 HINGGA 31 DISEMBER 2011”

  1. 欢迎任何有兴趣者投标华联中学食堂,竞争越多,价格越便宜。

    消费者

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.